Monday, 18 March 2013

rancangan pengajaran harian iqra' huruf 'ha'

ni sebenarnye rancangan pengajaran harian yg saye wt lepas2...huruf hijaiyyah berbaris satu di atas 'ha'...bbm saye senang je...roti gardenier dgn choki2...hehe....

sesape yg nk tgok rph nye ade kt bwah skali ye.......ni rph mengikut format saye....korg wt la ikot format korg ye...hehe

ni murid saye name udin..pggil bang din...bang din ni pelat...kekadang x fham die ckp ape...huruf w akan jadi huruf y...contohnye ade kwan die name wan die pggil yan...tertukar jantina...hahahaha



denish bersame hasil kerje beliau + ustazah liana..gn saye la..hehe..


akhir skali roti tersebut dimakan bersama2 dengan lahapnye.......sedaaaaaaaappppp syuhada kate....


ni rph yg saye wt....;)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PPKI, SK SERI MAKMUR


Kelas                                     :           Jannatul Maawa
Mata Pelajaran                    :           Pendidikan Islam (Kaedah Iqra’)
Tarikh                                    :           04.02.2013
Hari                                        :           Isnin
Masa                                     :           09.00-09.30 pagi
Bilangan Murid                    :           8 Orang


BIL
NAMA
JANTINA
KATEGORI
KEHADIRAN
1.
Isma Denish
Lelaki
Sindrom Down

2.
Muhammad Amal Fawwaz
Lelaki
Autisma

3.
Muhammad Ammar Rushdy
Lelaki
Sindrom Down

4.
Muhammad Ilyas
Lelaki
Slow Learner

5.
Muhammad Iman Heyzriq
Lelaki
Slow Learner

6.
Muhammad Syazwan Asyraf
Lelaki
Slow Learner

7.
Muhammad Izzudin
Lelaki
Slow Learner

8.
Norsyuhadah
Perempuan
Terencat Akal


Bidang                                  : Kaedah Iqra’
Tajuk                                     : 1. Tilwah al-Quran
Standard Kandungan         : 1.1 Membunyikan huruf hijaiyyah berbaris satu di atas
Standard Pembelajaran     : 1.1.5 Menyebut huruf حَ
Pengetahuan Sedia Ada   : Murid telah belajar huruf hijaiyyah di Pra Sekolah
Hasil Pembelajaran             : 1. Murid dapat menyebut huruf حَ secara kelas dan individu
                                                 2. Murid dapat menulis huruf حَ secara individu
                                                 3. Murid dapat melakarkan huruf حَ menggunakan ‘choki choki’ di        atas roti
Penerapan Nilai                  : Mendengar arahan, imaginasi, kreativiti
Unsur Terapi                        : Pertuturan, Fisio, Cara kerja
Kaedah                                : Latih tubi sebutan, Integrasi (Pend.Seni)
Bahan Bantu Belajar          : Kad imbasan, choki-choki, roti

Langkah / Masa
Isi
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Pendahuluan
( 3 minit )
- Bacaan surah al-Fatihah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. آمين
- Bacaan Doa Belajar
"اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الراحمين. رب اشرح لي صدري ويسر لي امري وحل العقدة من لساني يفقه قولي. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين. واحمد لله رب العلمين
- Mengucap 2 Kalimah Syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
- Murid membaca surah al-Fatihah, Doa Belajar dan mengucap 2 Kalimah Syahadah dengan bimbingan guru.


Set Induksi
( 3 minit )
- Mengenal huruf hijaiyyah berbaris satu di atas حَ

- Guru menayangkan video lagu huruf hijaiyyah kepada murid

- Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu huruf hijaiyyah tersebut

Teknik:
Nyanyian

Terapi:
Pertuturan

Nilai:
Berani

BBB:
Audio visual
Langkah 1
( 5 minit )
- Membunyikan huruf hijaiyyah berbaris satu di atas حَ
- Murid mendengar bacaan contoh daripada guru

- Murid menyebut secara kelas dengan bimbingan guru

- Murid menyebut secara individu dengan bimbingan guru

Teknik:
Bacaan ikut guru

Terapi:
Pertuturan

Nilai:
Yakin diri

BBB:
Kad imbasan
Langkah 2
( 7 minit )
- Menulis huruf حَdi papan putih
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTSVKCW3KuH6nhOloYBBlGr01EzbpDollytlt_f5n6ViDg3RUZf
- Guru meminta murid ke hadapan seorang demi seorang untuk menulis di papan putih
Teknik:
Penulisan

Terapi:
Fisio

Nilai:
Berani

BBB:
Marker Pen
Langkah 3
( 10 minit )
- Melakarkan huruf حَ menggunakan choki-choki di atas roti







https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiOteMY9-oD18ZmD3nCT35cTjbek4Sr1pI0Qkn3w0m52ivvVWv1h2rFr3WtEoP41FFRvyaWOlJq7KPmsGHfFSci4gYQS0wU94s87GQJhbIdOlm8tXsv8bJveye-VFevBBih_44rh4X0Z2Q/s400/DSCN4583.JPGhttp://ezanafitri.ads4mall.com/image/data/roti%20gardenia.jpg
- Guru menunjukkan contoh roti yang dilakarkan huruf حَ menggunakan choki-choki kepada murid-murid

- Guru memberikan sekeping roti dan sebatang choki-choki kepada setiap murid

- Murid melakarkan huruf حَ menggunakan choki-choki di atas roti




Teknik:
Integrasi (Pend.Seni)

Terapi:
Fisio
Nilai:
Kreativiti
Imaginasi

BBB:
Choki-choli
Roti Gardenia
Penutup
( 2 minit )
- Menyebut kembali huruf حَ secara bacaan ikut guru  
- Murid menyebut secara kelas dengan bimbingan guru dan memegang roti masing-masing sebagai aktiviti pengukuhan


Teknik:
Latih tubi

Terapi:
Pertuturan

Nilai:
Yakin diri

BBB:
Choki-choki
Roti Gardenia


Refleksi:
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Ulasan Guru Pembimbing / Pensyarah:
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________













2 comments:

  1. salam,yana,nak tanya,dalam kelas saya ni die bergabung,maknanya dalam kelas tu ada yang murid baca iqra' 1, 2, 3 dan 5,jadi pada pendapat yana, macam mane nak buat bbm untuk memastikan aras masing2 tidak terjejas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...ade juge class saye yg mcm tu..erm..memg susah sikit kite nak ajar..mcm saye,saye aja tengah2..x terlalu tinggi arasnye n x terlalu rendah..tp saye akan bezakan lembaran kerja dorang..murid aras tinggi lembaran kerja sukar sedikit..n murid aras rendah lembaran kerja aras rendah sikit tp still dalam tajuk yg same..kalau kt rph tu saye akan wt 2 la objektif yg berbeza..contohnye:1)murid aras tinggi dapat menyebut 4 daripada 6 kalimah 2)murid aras rendah dapat menyebut 2 daripada 6 kalimah

      Delete